Monday, 27 October 2014

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

::SAYA UMMULUTFI, DAN LUTFI UCUK-UCUK SAYA::

Alhamdulillah.
Setelah 5 bulan berlalu dari hari saya melahirkan Ahmad Lutfi dengan izin Allah, saya telah bergelar seorang ibu.Bonda ^_^
Alhamdulillah.Sebelum Ahmad Lutfi lahir lagi, cinta saya pada dia telah ada.Bertambah pula setelah melihat dia.
Ujian menjaga dan mendidik anak, pasti semua ibu-ibu pernah rasa.Lagi-lagi bagi yang pertama kali melahirkan. :) MasyaAllah.Ujian itu hanya Allah sahaja yang tahu.Kena tahan sabar dan marah.Perasaan bercampur baur kan?Tapi bila-bila sahaja menatap wajah suci dia, tangan mulusnya, masyaAllah, HILANG semua yang negatif itu.

Benarlah kata Nabi ; anak-anak itu raihan Allah.Ibubapa akan menjadi kedekut dan pengecut kerananya.
Raihan sama maknanya dengan wangian, bungaan.Dan ditakrifkan kedekut dan pengecut itu pula kerana ibubapa terkadang terlalu menyayangi si anak dan tidak mahu diapakan.
Begitulah keadaannya kita.Bila anak itu hadiah, mereka juga amanah.
Selalu bonda ingatkan pada diri sendiri, ketika teriakan dan rengekan si Ahmad Lutfi seakan panjang, tak mahu berhenti yang kadang-kadang sepertinya sedang bergurau atau main-main dengan kita ; ANAK ITU AMANAH BONDA.SABAR.KUAT.DIA TAK FAHAM APA-APA kalaupun kita marah.

InsyaAllah. Kerana dia amanah, dan kita semua ingin yang terbaik untuk mereka, anak-anak, kena ingatkan diri sendiri selalu.
INGIN ANAK JADI SOLEHkan? MESTI BANYAK SABAR,
Alhamdulillah, suami ada sama untuk bantu.
Dan ALLAH ada juga.Pohon kekuatan, minta kesabaran.

Moga kita semua ibu-ibu, Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan untuk anak-anak, dan keluarga, aamiin. :)



====================================================================
ummulutfi
271014