Monday 20 April 2015

BELAJAR, SABAR

Assalamualaikum semua.


Smile and shine ^^



Lama sungguh baru bonda menaip semula. Lebih banyak menghabis masa melayan dan bermain dengan Ahmad Lutfi yang semakin membesar.
Menjadi ibu tidak mudah. Tapi tidak mustahil dan tidak susah. Entry bonda kali ini bonda ingin kongsikan tentang sesuatu yang semua ibu pernah rasa. Yang semua ibu pernah lalu.

***
[AKTIF]

Sejak Ahmad Lutfi memasuki fasa bayi aktif dan lasak, semua perhatian bonda beralih dan terarah pada Ahmad Lutfi. Tertinggal membuat itu dan ini. Ya waktu ini bonda diuji. Sebagai first time mommy banyak perlu bonda belajar dan hadam.
Bila anak anak aktif semua ibu gembira. Itulah saat di mana kita merasa anak kecil itu sudah semakin membesar dan bijak.Alhamdulillah. Namun, begitupun juga, kesabaran kita diuji. Ditambah lagi jika menjadi seorang suri rumah yang juga bekerja. MasyaAllah. :)


[BELAJAR]

Kehadiran Ahmad Lutfi dalam hidup membuat bonda belajar banyak benda. Sebagai ibu kita mahu beri terbaik untuk keluarga. Untuk suami dan anak. Mesti BELAJAR. Banyakkan MEMBACA dan BERTANYA. Alhamdulillah. Zaman canggih ni buat semua benda jadi mudah. Ada grup itu dan ini yang mengajar banyak benda. Ambil masa dan baca.

[SABAR]

Oh ya.Satu lagi ramuannya ialah SABAR. Bonda selalu tidak sabar. Teruknya rasa. Tapi kita mesti didik nafsu. Anak kecil itu kalau dimarah mereka tidak tahu dan faham mengapa dan kenapa. 
Apa bonda buat ?
- Ahmad Lutfi tumpahkan air, gigit kertas dan plastik, panjat kabinet TV, main lauk (^^) 



- Istighfar dan bonda TENUNG Ahmad Lutfi
- He's growing bonda. And he knows nothing. 
- Muka comel Ahmad Lutfi buat geram bonda reda. 
Dan,


Jadi ibu meeeeesti banyak sabar. Sabar pada maaaacam macam benda.
Jom jom sama amal doa ni. Mudahan Allah beri kita kekuatan, sabar mendidik anak anak jadi soleh dan musleh. InsyaAllah.

Ok. Bonda mahu tutup entry ini. Mudahan Allah redha akan kita semua.

Salam sayang, salam bondalutfi;

10.02 AM
21/4/15

Monday 27 October 2014

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

::SAYA UMMULUTFI, DAN LUTFI UCUK-UCUK SAYA::

Alhamdulillah.
Setelah 5 bulan berlalu dari hari saya melahirkan Ahmad Lutfi dengan izin Allah, saya telah bergelar seorang ibu.Bonda ^_^
Alhamdulillah.Sebelum Ahmad Lutfi lahir lagi, cinta saya pada dia telah ada.Bertambah pula setelah melihat dia.
Ujian menjaga dan mendidik anak, pasti semua ibu-ibu pernah rasa.Lagi-lagi bagi yang pertama kali melahirkan. :) MasyaAllah.Ujian itu hanya Allah sahaja yang tahu.Kena tahan sabar dan marah.Perasaan bercampur baur kan?Tapi bila-bila sahaja menatap wajah suci dia, tangan mulusnya, masyaAllah, HILANG semua yang negatif itu.

Benarlah kata Nabi ; anak-anak itu raihan Allah.Ibubapa akan menjadi kedekut dan pengecut kerananya.
Raihan sama maknanya dengan wangian, bungaan.Dan ditakrifkan kedekut dan pengecut itu pula kerana ibubapa terkadang terlalu menyayangi si anak dan tidak mahu diapakan.
Begitulah keadaannya kita.Bila anak itu hadiah, mereka juga amanah.
Selalu bonda ingatkan pada diri sendiri, ketika teriakan dan rengekan si Ahmad Lutfi seakan panjang, tak mahu berhenti yang kadang-kadang sepertinya sedang bergurau atau main-main dengan kita ; ANAK ITU AMANAH BONDA.SABAR.KUAT.DIA TAK FAHAM APA-APA kalaupun kita marah.

InsyaAllah. Kerana dia amanah, dan kita semua ingin yang terbaik untuk mereka, anak-anak, kena ingatkan diri sendiri selalu.
INGIN ANAK JADI SOLEHkan? MESTI BANYAK SABAR,
Alhamdulillah, suami ada sama untuk bantu.
Dan ALLAH ada juga.Pohon kekuatan, minta kesabaran.

Moga kita semua ibu-ibu, Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan untuk anak-anak, dan keluarga, aamiin. :)



====================================================================
ummulutfi
271014